Banner

Sejarah Sekolah

                   Dalam tahun 1927 sebuah bangunan berukuran 45'x20' telah didirikan oleh majikan Ladang Sogomana untuk digunakan sebagai sebuah kedai runcit . Dengan kehendak dan kerjasama dari pihak majikan serta para pekerjanya yang berasal dari India, bangunan ini kemudiannya telah digunakan sebagai sekolah tamil yang pertama di ladang ini . Pada permulaan tenaga-tenaga pengajarnya adalah daripada kalangan para pekerja ladang ini sendiri. Segala urusan dan pentadbiran sekolah dibawah penguasaan pihak majikan sepenuhnya . Semua perbelanjaan serta bayaran gaji bagi tenaga pengajar adalah ditanggung oleh pihak pengurus ladang ini . Guru Besar yang pertama ialah mendiang En. Vethamani. Beliau telah berusaha dengan tekun dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah ini. Sekolah ini kemudiannya dinamakan Sogomana Estate Tamil School. 

                  Dalam tahun 1959, kerajaan telah mengarahkan supaya semua sekolah-sekolah diladang di ubahkan namanya kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan mengikut bahasa pengantaraannya. Dalam tahun ini juga, guru-guru bahasa telah dihantar ke sekolah ini bertujuan untuk mengajar Bahasa Kebangsaan. Masa itu alamat sekolah adalah SRJK(T) Ladang Sogomana, Pantai Remis,Dinding,Perak. Kemudiannya pada tahun 1983 ditukarkan kepada SJK(T) Ladang Sogomana, Changkat Kruing, Ayer Tawar, Manjung Perak. 

                  Pada tahun 1972, Pengurus Ladang telah menghantar satu permohonan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri. Dengan kelulusan ini, bangunan sekolah telah di baikpulihkan. Mendiang Guru Besar iaitu En. Perumal" telah berusaha untuk menambahkan kemudahan yang sedia ada untuk menampung penambahan murid. Pada tahun 1992 dengan kerjasama Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) sekolah ini dan juga yang berhormat Dato Seri S.Samy Vellu, bangunan baru sekolah mula didirikan. Perasmian banggunan baru diadakan pada 24.05.1996 dan dirasmikan oleh yang berhormat Dato Seri S.Samy Vellu . Bangunan baru sekolah ini dilengkapi dengan 70% kemudahan asas. 


Bangunan Lama 

 








Bangunan Baru 












1 comment:

  1. தமிழ்ப் பள்ளிகளை காப்போம்

    ReplyDelete